haliza... (^^,)
setiap hari kau menulis kan..kalau di sekolah kau tulis pakai kapur..kalau buku rph kau pakai pen..p kalau kau conteng2..kau pakai pensel bukan??? ...perhatikan setiap hari perlakuan kau sendiri..
.....................................................................................................................................................................
setiap kali kau pegang pensel..dengan yakin kau rasa kau akan mampu menulis dengan baik..melukis dengan cantik..namun jangan kau lupa haliza..ada tangan lain yang mengorak tangan mu semasa melukis dan menulis..
begitulah kehidupanmmu haliza..Allah sentiasa membimbing dan membantu mu menjadi manusia yang hebat..maka..andai kedudukan mu di langit mana sekali pun...jangan takbur,,jangan sombong..jangan sampai tangan itu tidak lagi membantu mu..
kau perasan juga kan haliza..dalam kau menulis..kekadang kau harus menajamkan mata pensel tersebut..dalam proses menajamkan mata pensel semestinya pensel merasa sakit..terluka..namun si pensel akan mendapatkan ketajamannya setelah proses meraut selesai..
sama juga dalam kehidupan seharian semalaman mu haliza..kau harus berani menerima penderitaan dan kesusahan..kerana pengalaman hidup ini lah yang akan mencorak masa depan mu..biar kau nampak lemah dek air mata..p yakinlah...hatimu insya Allah setajam mata pensel...andai kau berusaha untuk menajamkannya..
haliza..kalau kau tersilap menulis dan melukis..cepat-cepat kau akan padam bukan??
mengapa tidak bila kau tersilap langkah cepat-cepat kau bertaubat???
pernah kau perhatikan struktur pensel?? di dalamnya ada karbon untuk kau menulis kan..di luarnya hanyalah sebagai pengukuh sahaja..
begitu juga dengan kejadian dirimu haliza.. yang penting bahagian dalaman...tiada nilai andai luaran kau cantik..elok..tp dalaman kau busuk!! hitam..umpama awan hitam kelam yang bakal menurunkan hujan..awan hitam bakal menurunkan rahmat pada alam..tp hitam hatimu za bakal menempa air mata kau di sana nanti..wanauzubillah
kau kena sentiasa ingat haliza..setiap kali kau menulis dan melukis kau bakal meninggalkan kesan garis-garis hasil lakaran tersebut..eya kan??? kau harus ingat..tidak semua tulisan dan lukisan mu ini disenangi semua orang..ada yang dengki..benci malah cuba mengkhianati..
seharusnya kau berhati-hati dalam setiap tutur kata..tingkah laku dan gerak geri mu haliza..
berwaspadalah za...kau tidak akan sesekali mampu untuk menyenangkan hati semua pihak..mungkin ada langkah mu yang bakal mengecilkan hati mereka..mengundang iri hati mereka..maka, berusahalah untuk menjaga setiap tingkah laku mu za...semoga semuanya sentiasa dalam rahmatNya..insya Allah