Wednesday, May 9, 2012

berjuta batu...

sinaran ChiEnTa liEza at 6:39 PM 0 comments

..terasa syurga makin menjauh..
kaki yang melangkah terasa payah..
apa tidaknya..
kaki menapak tanpa mahu melepaskan batu dosa yang terikat sama..

..jalan menuju syurga
bersimpang siur tanpa hujungya..
terlalu lambat derap kaki terasa
apa tidaknya..
kantung berisi dosa dijinjing bersama..

semakin hari lewat petang..
kantung semakin berat..
..tiada daya untuk mengendong dan diangkat..

duhai hati..
tidakkah kau ingin bahu kananmu tidak mengenali  si bahu kiri?
..biar jauh beda antara duanya..

tinggalkan..
..lupakan kantung bebanmu wahai hati..
segeralah berlari..syurga mendepa di hadapan...
andai kau jatuh lagi..
ingat itu goresan luka pemadam dosa silam...

YAKINLAHi..hidupmu akan terarah andai dipandu REDHA ALLAH

 

...di mana terangnya bulan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei