Tuesday, August 9, 2011

andai aku umpama bintang..he3

sinaran ChiEnTa liEza at 10:37 PM 0 comments
..bintang kecil di langit yang tinggi..
sangat banyak menghiasi angkasa..
aku ingin terbang dan menari
jauh tinggi di tempat kau berada..
sy mo p jmpa bulan..hu3

Saturday, August 6, 2011

.makan free..

sinaran ChiEnTa liEza at 12:06 PM 0 comments
aku berlindung dari syaitan yg direjam..

dalam kemengantukkan dan ke jame man jln tym odw balik rumah dr sekolah, sya dpt mesej drpd kwn..
"slm..umk jemput berbuka posa di umah..

he3..rezeki datang..bincang punya bincang..kami pun stuju mo p sana.. wan offer amek di umah..janji jam 530 gerak..tp dekat jam 6 bru sampai..jem roti terlampau tebal..hu3

sampai matang jaya plak (kwsan rumah ustaz mahadi), kami sesat banyak kali..kanae gtau lorong 6A..sya plak lorong 2A..tp wan bwa lorong 11..aiyyaa...

pusing punya pusing..suda la minyak keta tu mera da..hak3..hrp2 x tersedu2.. last2 jumpa jg..di lorong A2..kan sya suda bilang......hak3

sampai sna dorang da stat tahlil..kin malu ja dtg lambat..bbrapa minit kemudian azan pun berkumandang..ye2 buka posa..

kami hanya sempat tlg potong tembikai, telur masin dan hidang kari ayam..yg len suda siap..hek3...xpa kmi kan tetamu.. =p

ada banyaaaaaaak makanan.. nasi kerabu..mi kunig..kue tiaw...kari...ikan masak lemak..udang..buah2.kue2...uiiiiiyy..rambang perut!!

nasib bek umah org..klu x..licin! he3..plg best suma tu kan masak sendiri..rajin mama huwaini.. :)



masa amek wudhuk, sya gantung beg dlm toilet..sekali, ketiiiiiiingg! hook tu tercabut..arrgggh..sya ka yg wat? kin malu ja..xpa, nant sya gtau ustaz..x juga dia marah tu kali..he3

masuk da isyak..sorang budak azan..tetamu jg la..cute e sora dia...blm baligh..he3

dipersilakan imam muda Mohd Yasir Almandily Awaluddin..hak3..patut pun td dia awal2 minta air di dapo..mo jd imam rupanya..bagus2..insaf suda..he3..x sia2 4 taun d maktab..

paling lucu..bergerak sya punya temunik dlm prut..tym solat terawikh bole2 sorg baby tu lalu bawah kangkang c awang..mentang2 dia kecik, awang tinggi..bukan kami x khusyuk..tp betul2 depan mata..hak3..mau ja sya klua saf..n sambung makan..ha3..bukan, sambung ketawa.. :)

tu sekali..sekali lg dia lalu depan kami. masa tu baru mo angkat sujud..terus baby tu tertolak leh punggung awang lawas..opps terpelanting betul2 depan dayangku..pas tu ble2 dia tenung muka dayangku..hak3..sekali lagi kmi terpaksa tahan senyum..terhinjut2 da prut nie..truk e..x rasa da solat tu..astaghfirullah.. maaf ya Allah..

mst c awang pun tahan2 ketawa kan..hik3..usai solat, skali lagi x tahan mo ketawa..wan dduk di meja makan..pa dia wat ar?? pikir2..a...sya tau. dia terberak tukan..hak3..memang betul..dia pun ketawa2 sana..tahan perut..hik3..tu la makan x ingat dunia..

he3..blk dari umah ustaz mahadi..kami p raon2 di waterfront..yg kin malu suda la dorang laki suma pakai baju sama..baju BADAR..adeh...macam kumpulan nasyid la plak..xpa, yg penting,,jln2 lu..he3..

then, penat berjalan, kami singgah di 1 cafe..oder air..paling best ff kena spend toke cafe tu..ho3..alhamdulillah..rezeki lagi.. :)

pa pun, malam ni memang best..bole buka posa sama2 kawan sekelas..family tutor..free tu yg penting,,hik3

syg korang suma.. makase banyak pada toke2 yg spend kami mlm ni..len kali jemput lg arr..he3 (^,^..

Thursday, August 4, 2011

..nafsu posa..he3

sinaran ChiEnTa liEza at 10:24 PM 0 comments
salam Ramadhan..

Ramadhan yg ke 4..tym jln2 p pasar..terbayang linut @ ambuyat..hu3..linut tu bahasa sarawak..versi len ckit..
ari tu tym d umah makcik dya wat ambuyat versi Sabah..nang nyaman..trus terfikir nak tes masak sendiri..he3..


hasilnya...
lauk buka posa..ala kadar

ambuyat yg siap digulung2..he3

ni sambal dia..[bwg puteh+merah+besar+cili merah+belacan+tomato+asam limau]

xtra..sardin +bayam
 alahamdulillah..oooooorghhh..kenyang eh!!

ku rindu linut + midin di umah..hu3

Sunday, July 31, 2011

" suma berubah.."

sinaran ChiEnTa liEza at 9:45 PM 0 comments
salam..
dengan nama Allah..

.."salam ramadhan
"elek2 ck..besa la 2..brubah da suma..;)

sedikit butir2 luahan perasaan bersama teman..
..slama 4 thn kami kengkawan berhempas pulas posa d maktb..sahur..sungkey..he3

paling best ble naik bas maktab p bazaar ramadhan d Satok..syiookkk..sama2 kwn2 len..ble buka posa d masjid..

yg best jg..tiap mlm ada giliran masak sahur..then  sok pg kami sahur ramai2..

hu3..suma 2 da berubah.. 

skarang, d rumah sewa..suma wat sendiri..

sbentar td baru pas solat Isyak..tarawih jemaah..tp d umah ja.. ustazah Naimah jd imam..hek3..yg lucu tym nak solat witir..ada rq mintak witir 1 rakaat ja..hak3..

tb part tadarus..ada plak nak pospon lusa..hik3..macam2..

tapi..tetap ada rasa sedeh..bayangkan 4 tahun kami lalui suma 2 di maktab.. skarang d rumah sewa..jiran2 suma cina..xdpt la tukar2 kueh ni..ho3

xpa..yg penting..syukur..ramadhan masih sudi bertandang..

wat fmly tersayang..sahabat sekalian..slamat posa!!

ya Allah..tabahkan hati2 ini..

Wednesday, July 27, 2011

terkadang..

sinaran ChiEnTa liEza at 10:14 PM 0 comments
..bismillah..

terkadang
apa yg kita rancang seringkali terhalang..
yang x diundang pula datang
so..
ap mo dbuat?
terima ja la kan..hek3

kadang-kadang..
yang datang lebih dari yang kita bayang..
plan mo makan telur ayam..tp dapat peha ayam..hek3..

maknanya, Allah akan bagi apa yang kita minta..kadang-kadang kita x minta pun Dia bagi..

masalahnya..
apa yang Allah minta..blum tentu kita wat seikhlas hati..hu3

astaghfirullah....

maaf ya Allah..

Monday, July 25, 2011

..bukan mudah..

sinaran ChiEnTa liEza at 10:58 PM 0 comments
..dengan nama Allah..

permudahkanlah tugas GURU2 ya Allah..
..[termasuk sy yg tengah praktikum nie..hu3..]
kuatkan daya fikir kami..biar lebih KREATIF..hek3

untuk ank2 didikku.insya Allah..kita akan main hari2..
tp doakn la cikgu mu ni kreatif aa (^,^..

Saturday, April 30, 2011

..sahabat setia

sinaran ChiEnTa liEza at 10:57 PM 2 comments
Saya memerlukan sahabat. Bahkan saya yakin, setiap orang perlukan sahabat. Semua orang tidak bisa hidup sendirian. Mahu berteman dan mahu bersahabat, itu fitrah semulajadi setiap insan.

Dalam menterjemahkan perkataan teman, saya yakin wujud banyak definasi bagi perkataan itu. Ada orang kata teman itu sebagai pendamping kita bahkan ramai juga yang mengatakan teman itu ialah orang yang sentiasa menyokong dan membantu kita.

Satu pun tidak salah, kerana tujuan berteman pun supaya wujud bantuan dan sokongan, bukan?

Tapi bagi saya, saya suka mentafsirkan perkataan teman sebagai orang yang paling kuat tautan hatinya dengan kita. Seorang yang kita akan sering rujuk apabila kita dalam gembira serta duka.

Teman kita ialah 'diri kita yang lagi satu'. Dia ialah diri kita juga, tapi dalam jasad orang lain.

Bukan sekali dua orang minta saya berikan pandangan tentang kawan. Ada orang minta pandangan tentang masalah sahabatnya yang tidak layan dia. Ada juga yang mengadu bahawa kawan-kawan dia memulaukan dia tanpa sebab yang shahih. Sejujurnya, saya ini bukanlah orang yang layak untuk memberikan nasihat, tapi setakat termampu, saya boleh berkongsi. Dan moga-moga perkongsian ini juga ada manfaatnya kepada kita.

Siapa teman kita?

"Ibu saya ialah teman saya"

"Abang saya ialah teman saya"

"Jiran saya ialah teman saya"

"Suami saya teman saya"

Ada 1000 jawapan bagi soalan itu. Semuanya betul, tapi selalu tidak tepat.

Sebetulnya, siapa teman kita?

Ini telah disebutkan oleh Allah dalam ayat 16 surah at-Taubah. "Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja), padahal belum lagi terbukti kepada Allah, orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman yang setia selain daripada Allah, RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan".

Teman setia kita adalah Allah, Rasul dan orang-orang beriman.

Saya rasa Allah dan Rasul sudah jelas. Tapi dalam mendefinasikan siapa itu 'orang beriman', pasti ada yang keliru. Siapa orang yang beriman?

Ada banyak jawapan juga bagi soalan ini tapi saya cenderung untuk mengambil satu ayat dari surah adz-Zaariyat ayat 56 -"dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu"

Orang beriman ialah orang yang faham bahawa tujuan dia hidup ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah. Dan mereka ialah golongan manusia yang Allah suruh kita jadikan mereka sebagai teman kita.

Setakat sekarang, siapa teman kita?

"Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman"- surah Al-Araf ayat 27.

Allah kata 'orang yang tidak beriman', kerana Allah tahu bahawa orang islam belum tentu beriman. Maknanya, kita inilah...! Kita ini belum tentu beriman. Mungkinkah setakat ini teman setia kita ialah syaitan?

Jika bukan syaitan jenis jin, maka pasti mereka syaitan jenis manusia?

Ada orang melenting apabila saya kata wujud syaitan manusia. Tapi hakikatnya, memang wujud syaitan manusia ini. Dalilnya ialah surah al-An'am ayat 112- "...setan-setan manusia dan jin"

Siapa lagi teman kita?
Ada satu perintah dari Allah supaya kita tidak mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai kawan kita. Perintah itu termaktub dalam ayat 51 surah al-Maidah.

Lalu, timbul persoalan. Yahudi dan Nasrani yang bagaimana? Adakah setiap orang yang lahir sebagai Yahudi, ataupun orang yang berperangai seperti perangai orang Yahudi?

Jawapannya ialah sifat dan perangai. Apa sifat orang Yahudi dan apa pula sifat orang Nasrani?

Sila tadabbur surah Al-Fatihah. Basically, orang Yahudi ini sifatnya degil. Mereka tahu kebenaran, tapi mereka mengingkari. Sifat orang Nasrani pula ialah bodoh sombong. Dua golongan manusia inilah yang Allah suruh kita jauhi. Jangan berkawan dengan orang yang membelakangkan kebenaran dan bodoh sombong.

Minta Pendapat.
Ada orang tanya saya, "Bagaimana mahu memujuk kawan yang tidak mahu berkawan dengan kita?"

Jawapan saya ringkas. Jika benar dia beriman, dia pasti hanya akan tinggalkan kita atas sebab yang munasabah. Jika nyata dia melarikan diri atas sebab yang tidak masuk akal, maka mengapa kita perlu terhegeh-hegeh untuk kejar dia balik?

"Tapi kami berkawan dah lama"

Jika benar dia ikhlas berkawan dengan kamu selama ini, mengapa dia tergamak untuk meninggalkan kamu? Nampak sangat selama ini dia berkawan pun kerana ada tujuan, keinginan, dan matlamat terhadap kamu. Pernah dengar pepatah 'habis madu, sepah dibuang?'

"Lalu, apa saya perlu buat?"

Pertama sekali, jangan bersedih.

Kedua, pilihlah kawan yang baik. Kawan yang baik dapat dilihat kepada matlamat dia mendampingi kamu. Pastilah matlamat itu ialah redha Allah. Oleh itu, sahabat yang baik pasti akan sentiasa mengajak kita melakukan perkara yang baik-baik sahaja. Mungkin satu ketika, kita merasakan betapa mereka ini seperti menyekat kebebasan kita, tapi hakikatnya ialah mereka hanya menyekat dosa-dosa kita. Itu tanda dia cinta kita :)

Kesimpulan.
Sebagai seorang dae'i, seharusnya kita jangan takut untuk bergaul dengan semua jenis orang. Bahkan, kitalah yang sepatutnya menjadi kawan yang TERbaik yang bukan sahaja membantu dalam urusan duniawi, bahkan juga urusan akhirat yang abadi. Juga, kita janganlah jadi manusia yang memilih sahabat yang sama fikrah sahaja, kerana kita sudah ada fundamental tarbiyyah yang kukuh. (Sepatutnya lah...)

P/s- Saya juga nak kata yang saya ini bukan juga kawan yang baik. Tapi saya sentiasa akan berusaha menjadi kawan yang baik, kerana saya mahu menjadi manusia yang bermanfaat :)
http://iqbalsyarie.blogspot.com/2010/12/sahabat-setia.html
 

...di mana terangnya bulan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei