Wednesday, August 8, 2012

..beza antara dua..

sinaran ChiEnTa liEza at 3:26 PM 0 comments
..merdu
mendayu irama nan syahdu
makin indah ditambah liuk lentuk tubuh..
tari menari di hujung kaki
setiap bait kata jauh menusuk jiwa
bertambah asyik dengan lirikan mata..
lontaran suara...tinggi rendah nadanya cukup terjaga
..ini menyanyi..terapi hilangkan kesunyian hati..
tapi kenapa..
berbeza apabila berhadapan kitab-Nya?
sifat..
makhraj..
baris..
serta hukum antara dua kalimahnya terabai selalu..
hilang tanwin serta sabdu..
merah tanda berhenti??
jangan kau silap sahabat..
berhenti jangan sesuka hati..
berubah maknanya nanti..
membacanya juga terapi hati..
penggilap jiwa berkarat..
insyaAllah..tiket high class menuju akhirat..
beza antara duanya..
harus dinilai
mana yang utama..mana yang kedua..
jangan sombong..
bertanya andai kurang pasti..
daripada membaca entah ke kanan entah ke kiri..
mungkin malu hari ini..
namun yakinlah..kau akan bahagia esok hari..



Sunday, August 5, 2012

..kecil tapi besar..

sinaran ChiEnTa liEza at 10:50 AM 0 comments

.mereka juga mengerti akan warna-warna kehidupan..

..kecil tapi besar ~

satu titik ..kecil bukan?

setitis hanya sebahagian dari selautan...

sedetik jua tetap masa silam..

tapi..

titik titk yang berterusan akan menghasilkan satu lakaran garisan

setitis jua mampu memenuhkan tempayan

sedetik berlalu tetap sebahagian dari kehidupan..

jangan kau pandang enteng pada masa silam

...sekecil-kecil perkara juga membentuk sebesar-besar perkara...

seremeh mana angan-angan..juga mampu mendukungi impian..

insya Allah..

"ya Allah..jangan kau serahkan urusanku kepada diriku sendiri meskipun sekelip mata..perbaikilah urusanku...

Wednesday, May 9, 2012

berjuta batu...

sinaran ChiEnTa liEza at 6:39 PM 0 comments

..terasa syurga makin menjauh..
kaki yang melangkah terasa payah..
apa tidaknya..
kaki menapak tanpa mahu melepaskan batu dosa yang terikat sama..

..jalan menuju syurga
bersimpang siur tanpa hujungya..
terlalu lambat derap kaki terasa
apa tidaknya..
kantung berisi dosa dijinjing bersama..

semakin hari lewat petang..
kantung semakin berat..
..tiada daya untuk mengendong dan diangkat..

duhai hati..
tidakkah kau ingin bahu kananmu tidak mengenali  si bahu kiri?
..biar jauh beda antara duanya..

tinggalkan..
..lupakan kantung bebanmu wahai hati..
segeralah berlari..syurga mendepa di hadapan...
andai kau jatuh lagi..
ingat itu goresan luka pemadam dosa silam...

YAKINLAHi..hidupmu akan terarah andai dipandu REDHA ALLAH

Sunday, February 19, 2012

pensel

sinaran ChiEnTa liEza at 11:30 AM 0 comments

haliza... (^^,)

setiap hari kau menulis kan..kalau di sekolah kau tulis pakai kapur..kalau buku rph kau pakai pen..p kalau kau conteng2..kau pakai pensel bukan??? ...perhatikan setiap hari perlakuan kau sendiri..

.....................................................................................................................................................................

setiap kali kau pegang pensel..dengan yakin kau rasa kau akan mampu menulis dengan baik..melukis dengan cantik..namun jangan kau lupa haliza..ada tangan lain yang mengorak tangan mu semasa melukis dan menulis..

begitulah kehidupanmmu haliza..Allah sentiasa membimbing dan membantu mu menjadi manusia yang hebat..maka..andai kedudukan mu di langit mana sekali pun...jangan takbur,,jangan sombong..jangan sampai tangan itu tidak lagi membantu mu..

kau perasan juga kan haliza..dalam kau menulis..kekadang kau harus menajamkan mata pensel tersebut..dalam proses menajamkan mata pensel semestinya pensel merasa sakit..terluka..namun si pensel akan mendapatkan ketajamannya setelah proses meraut selesai..

sama juga dalam kehidupan seharian semalaman mu haliza..kau harus berani menerima penderitaan dan kesusahan..kerana pengalaman hidup ini lah yang akan mencorak masa depan mu..biar kau nampak lemah dek air mata..p yakinlah...hatimu insya Allah setajam mata pensel...andai kau berusaha untuk menajamkannya..

haliza..kalau kau tersilap menulis dan melukis..cepat-cepat kau akan padam bukan??
mengapa tidak bila kau tersilap langkah cepat-cepat kau bertaubat???

pernah kau perhatikan struktur pensel?? di dalamnya ada karbon untuk kau menulis kan..di luarnya hanyalah sebagai pengukuh sahaja..

begitu juga dengan kejadian dirimu haliza.. yang penting bahagian dalaman...tiada nilai andai luaran kau cantik..elok..tp dalaman kau busuk!! hitam..umpama awan hitam kelam yang bakal menurunkan hujan..awan hitam bakal menurunkan rahmat pada alam..tp hitam hatimu za bakal menempa air mata kau di sana nanti..wanauzubillah

kau kena sentiasa ingat haliza..setiap kali kau menulis dan melukis kau bakal meninggalkan kesan garis-garis hasil lakaran tersebut..eya kan???  kau harus ingat..tidak semua tulisan dan lukisan mu ini disenangi semua orang..ada yang dengki..benci malah cuba mengkhianati..

seharusnya kau berhati-hati dalam setiap tutur kata..tingkah laku dan gerak geri mu haliza..
berwaspadalah za...kau tidak akan sesekali mampu untuk menyenangkan hati semua pihak..mungkin ada langkah mu yang bakal mengecilkan hati mereka..mengundang iri hati mereka..maka, berusahalah untuk menjaga setiap tingkah laku mu za...semoga semuanya sentiasa dalam rahmatNya..insya Allah

Sunday, February 12, 2012

setiap hari ku tak kan berlalu tanpa aku merasa rindu

sinaran ChiEnTa liEza at 5:17 PM 0 comments

hafalan solat delisa..

sinaran ChiEnTa liEza at 5:09 PM 0 comments
...bravooooooooooo!!!!
.. hafal..tp xfaham..buat tp x ikhlas..
jangan cemburu pada sesuatu yang bukan milik kita..

...maaf ya Allah

1 : 9

sinaran ChiEnTa liEza at 1:32 PM 0 comments


...saya mahu berubah...tapi saya selalu kalah...


 

...di mana terangnya bulan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei