..biar
debu debu berterbangan ditiup angin
biar..
batu-batu terhakis dek laluan air
..biar
dedaun kering terus berguguran
biar
guntur berdentingan
..biar
mencair kutub utara selatan
biar
kering lautan dalam
..biar
dahan reput dimakan anai-anai..
biar..
dan biarkan semuanya
asalkan
Kau masih di situ
setia menunggu aku
diri aku
yang sering kali janjinya didusta
katanya
sekadar antara dua bibir menutur bicara
menitip rindu
juga madah cinta
walhal...
cinta dan rindu
bukan di jalan sempurna
sungguh tidak malu...
..kali ini
aku mohon
aku merayu
aku tunduk serendah bumi
tidak kan ku dongak langit tinggi
kerana ketinggian itu yang akan menghempapku kembali nanti
tersepit..terhimpit di kerak bumi..
cukuplah..
untuk kesekian kali
...tanganMU sentiasa ku perlu..aku rindu..
0 comments:
Post a Comment