..kenapa
tangan ini memberi
sedang hati kata tak nak
kenapa
jari ini terus menari
sedang hati kata tak hendak
kenapa
masa memberi peluang untuk menanti
sedang hati kata
menangis ku kelak
kenapa
payah untuk jiwa menilai
sedang mata melihat
kedengaran di gegendang telinga
mulut-mulut yang berbicara
melontar kata-kata
penuh peringatan
dan
amaran
..semuanya
lantaran
hati sukar melupakan
mulut yang enggan kata pergi
jari yang masih lagi menyelak lembaran lalu
engkar membuka helaian baru
masih gemar meniti titian rapuh
yang bila-bila boleh runtuh
tak takut di lopak sama akan terjatuh
bukankah ini tindakan yang bodoh?
bodoh di mata manusia
tidak menjamin apa-apa
jangan bodoh di mata Pencipta manusia
kerana malas..
sombong
untuk mendapatkan ilmu baru
..mungkin..
0 comments:
Post a Comment