Monday, August 22, 2011

...berat badan??

sinaran ChiEnTa liEza at 8:51 PM
berkata bukan dengan tujuan untuk mencela..sebaliknya untuk menghapuskan cela..

bulan puasa,..sarapan tak ada..lunch pun tiada..yg ada dinner..ketika berbuka puasa itulah kita "qada"kan balik kesemua masa2 makan kita yang terskip td..makan sepuasnya..ikut nafsu bukan ikut apa yg kita perlu..

ramai juga yang berpendapat bahawa bulan ramadhan ini  = bulan diet..

konon-kononnya kurang makan..kurang la berat badan yang merunsingkan kepala kan..yang berat badan berlebihan sibuk nak kurus..yg kurus pulak berabis nak naikkan berat badan..hu3..tp kita tak terfikir kenapa bulan rahmat ni kita tak gunakan untuk kurangkan makan daging?  bukan sahaja berat badan yang kurang, beban sebelah bahu kiri ni pun turut berkurang..

bg yang kurus pulak, berusaha sungguh2 nak tambah berat badan..makan banyak2 bulan puasa ni.. kenapa tak tambah timbangan sebelah kanan?  kurangkan bebelan..tambah zikrullah...

astaghfirullah hal azim...

ingatan untuk diri sendiri...


"maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya.  sesungguhnya Dia sangat menerima taubat.."
[surah Nasr :3]

0 comments:

Post a Comment

 

...di mana terangnya bulan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei